Selamat datang ke Blog Alumni Darul Quran,Jakim sesi 2004/2007.Ikatan Huffaz Bersaudara (i-HUB)

Makluman

Salaam..

Segala butiran anda yang dihantar ke pihak blog,ihub akan disiarkan untuk makluman semua ahli.

Blog ini juga mengalu-alukan segala berita terbaru daripada ahli termasuk jemputan majlis perkahwinan, pertunangan, menimang cahaya mata dan segala artikel yang ingin dikongsi kepada semua.

Hantarkan saja semua berita-berita terbaru tersebut di email ihub.dq@gmail.com.
Pihak blog.ihub turut mengalu-alukan segala cadangan,komentar atau kritikan dari anda.
*BLOG INI ADALAH HAK MILIK SEMUA AHLI, kebebasan untuk bersuara adalah sangat dihargai*

Terima Kaseeh.

Isi Profil Anda

Kepada semua ahli i-HUB.Sila lengkapkan butiran-butiran seperti di bawah.Jasa anda sangat dihargai.Terima Kasih

Nama Penuh
Alamat Rumah
* Status
Tempat Pengajian dan Bidang
* Kelas Tasmik
Blog @ Alamat Email

Thursday, August 27, 2009

Salam Perantau IHUB...

pengenalan gambar: tengah duduk dari kiri afiq dan shuk

Nama Pengirim: MOHD AFIQ MOHD SALEH & MOHD SHUKRI BIN RUSLAN

Lokasi Pengirim :
AL al-Bayt University, Mafraq, The Hashemite Kingdom of Jordan

Lokasi Penerima: Ayahbonda serta sahabat-sahabat ex-DQ I-HUB di Tanah Air Malaysia.


Ucapan:
“Kami pelajar tahun 3 Universiti AL al-Bayt, Jordan ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut hari Raya Aidilfitri kepada ayahbonda dan keluarga kami tercinta,tersayang dan tercinta yang berada di Shah Alam dan Batu Caves.

Juga di kesempatan ini kami menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun dan maaf. Tak dilupakan juga kepada pensyarah-pensyarah kami dan guru-guru tasmik yang banyak berjasa serta sahabat-sahabat ex-Darul Quran (SYUKBAH Dakwah dan Qiraat) yang kami rindui. Selamat hari lebaran serta maaf zahir dan batin. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna walaupun tanpa kami disisi kalian”
sekian.


p/s: kepada shuk yg comel, jangan lupa balik weh! kuliah start awal ni...Kuih semprit dengan tat nanas jangan lupa bawa balik sini..huhu

0 comments: